Ahad, 10 Julai 2011

Jenis-Jenis Sistem Pendawaian

Sistem Pendawaian Permukaan
     Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit
     Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis ( PVK/PVK ).- kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan
          Kebaikan:
1.            Kemas & elok dipandang.
2.            Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah kediaman )
3.            Pemasangan mudah dan cepat disiapkan.
4.            Kerja menyelenggara / tambahan mudah dilakukan dan tidak menjejaskan pendawaian  
               sedia  ada.
5.            Kos pendawaian yang paling murah.
          Kelemahan:
1.            Terdedah kepada kerosakkan mekanikal (terdedah).
2.            Tidak Tahan suhu panas dan lembab.
3.            Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja.
4.            Tempoh ketahanan tidak lama.

Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan
          a).          Bangunan dibuat daripada - kayu / batu.
          b).          Voltan rendah – fasa tunggal.
          c).          Bilangan litar akhir – sedikit
          d).          Kabel yang dipasang – tidak begitu banyak.
          e).          Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal.
          f).           Kerja pemasangan – dibuat cepat.
          g).          Beban kuasa yang digunakan – kecil.
          h).          Kos pemasangan – ekonomi / murah.

      Sistem Pendawaian Pembuluh (Konduit)
     Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan disalurkan kabel.
     Dipasang di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada tindakan kimia, cecair dan di luar bangunan. ( Kilang-kilang perusahaan, makmal, bengkel dan sebagainya ).
    Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau tersembunyi.
    Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor ruang iaitu tidak melebihi  40%.
    Dawai pancing ( fish tape ) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh.
    Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:
                (a).                        Pembuluh Logam
                (b).                        Pembuluh bukan logam ( PVK ).
                (c).                         Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK).
     
       Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian Pembuluh:
          a).          Beban / kuasa yang digunakan – besar.
          b).          Memerlukan voltan bekalan  1 fasa & 3 Fasa.
          c).          Bangunan kilang, bengkel, bangunan komersial dan gerai-gerai.
          d).          Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya kerosakkan mekanikal.

a) Pembuluh Logam
     Di antara pembuluh logam yang digunakan ialah keluli tolok ringan (galvani ).
     Pemasangan pembuluh jenis ini memerlukan peralatan khas seperti, alat pembengkok untuk - membuat bengkokkan atau ofset, Alat pasung dan acuan – bagi membuat bebenang.
    Semua serpihan reja-reja pembuluh perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk mengelakkan kabel tercedera.
     Standard saiz pembuluh boleh didapati seperti 19mm/20mm, 25mm, 32mm, 40mm dan 50mm.
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Logam:

          Kebaikan:
      1. Mempunyai perlindungan mekanik yang lebih baik
      2. Tahan cuaca dan keadaan panas.
3. Tahan lama dan tahan lasak.
4. Boleh dijadikan pengalir keselanjaran bumi tambahan.
5. Boleh ditanam terus ke dalam tanah.

          Kelemahan:
    1.    Bentuk tidak kemas (tidak cantik ).
    2.    Memerlukan pekerja mahir
  1. Perlukan peralatan khas – mesin pembengkok.
  2. Kos mahal / tinggi.
  3. Tempoh menyiapkan lebih lama.
    
     b) Pembuluh Bukan Logam        
    Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat dari bahan plastik (PVK ) yang tahan dan sesuai digunakan pada suhu 60º C.
    Pembuluh PVK ini tahan dari kakisan (karat) dan dapat mengelakkan sebarang kebocoran aliran arus jika menyentuh bahagian-bahagian yang boleh menjadi pengalir.
    Pembuluh PVk juga boleh didapati dalam dua jenis, iaitu pembuluh tegar dan pembuluh boleh lentur.
    Bagi tujuan membuat ofset atau bengkokan, pembuluh boleh dipanaskan terlebih dahulu atau menggunakan pegas  ( spring )  yang khas.

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Bukan Logam (PVK):
          Kebaikan:
  1. Tahan kakisan (karat ).
  1. Selamat dari kejutan elektrik (PVK-penebat)
  2. Kos – murah.
          Kelemahan:
  1. Tidak memberikan perlindungan mekanik.
  2. Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan

      c) Pembuluh Boleh Lentur ( Logam / PVK ):
     Pembuluh ini sangat berguna untuk menyambung pemasangan ke punca-punca beban yang bergetar, bergerak, selalu diubahsuai dan pada kedudukan yang sempit dan tidak rata.
     Tidak sesuai untuk memberikan perlindungan mekanik yang baik.
      Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Boleh Lentur:
          Kebaikan:
  1. Pemasangan cepat – tidak perlu benang.
  2. Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki (tiada alat khas).
  3. Dapat elakkan merebaknya kebakaran – putus.
          Kelemahan:
  1. Mudah terlucut / tercabut
  2. Tidak boleh dipasang pada jarak jauh.
  3. Mudah patah.
  4. Bukan pengalir keselanjaran bumi tambahan (PVK)

Peraturan IEE – Pemasangan Pembuluh :
  1. Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
  2. Faktor Ruang mestilah tidak melebihi  40% dari luas muka keratan pembuluh.
  3. Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 – sesiku pejal, atau 2 selekoh bengkokkan 90 .
  4. Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda dari ukuran garis pusat luar pembuluh itu.
  5. Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak alatambah.
  6. Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di tempat-tempat yang terdedah kepada air.
  7. Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang berasingan.
  8. Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding – lubang khas perlu diadakan.
  9. Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
  10. Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang – dimulakan dari tengah-tengah sistem tersebut.


2 ulasan:

  1. Casino Finder (G2) - Mapyro
    Find casinos 안양 출장마사지 with casino and slot machines in Las Vegas, NV. Find 공주 출장안마 addresses, see activity, 화성 출장샵 directions, and phone numbers of all of 동해 출장마사지 the casinos in Las Vegas. 포항 출장마사지

    BalasPadam